
lelaki tulen
- tahu hakikatnya yang dia dijadikan sebagai lelaki & dari itu bersifat sebagai lelaki & tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
lelaki berharga
- lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah & cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
lelaki jiwa kental
- tidak mudah mengalirkan air mata. bila lelaki menangis, bermakna harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan wanita.
lelaki sederhana
- tidak meninggi diri & tidak pula terlalu merendah diri.
lelaki cantik
- wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya & kebersihan hatinya.
lelaki punyai pendirian
- lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya & menunaikan janji bila berjanji.
lelaki kemas
- menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. pakaiannya kemas & tidak nampak canggung.
lelaki cerdik
- cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. (
lelaki cekap
- segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
lelaki bijak
- tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
lelaki tabah
- tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah & tidak binggung atau kalut bila menghadapi suasana tertekan, kesuntukan, masa, atau cemas.
lelaki berwawasan
- tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. objektif & cekal dalam mengejar cita-citanya. masa digunakan untuk perkara yang produktif.
lelaki baik
- tidak suka hidup berfoya. taat kepada suruhan agama. tidak berjudi, berzina atau minum arak.
lelaki sopan
- tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
lelaki mengasihi
- walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
lelaki ceria
- boleh berjenaka & berkongsi cerita. tidak selalu sugul & berkerut-kerut dahinya.
*opss xbole copy & paste tau ! kalau nak share ... klik share kt atas tu ye ..
No comments:
Post a Comment