Monday, 14 November 2011

Lelaki & kategorinya ..


lelaki tulen
- tahu hakikatnya yang dia dijadikan sebagai lelaki & dari itu bersifat sebagai lelaki & tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

lelaki berharga
- lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah & cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

lelaki jiwa kental
- tidak mudah mengalirkan air mata. bila lelaki menangis, bermakna harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan wanita.

lelaki sederhana
- tidak meninggi diri & tidak pula terlalu merendah diri.

lelaki cantik
- wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya & kebersihan hatinya.

lelaki punyai pendirian
- lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya & menunaikan janji bila berjanji.

lelaki kemas
- menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. pakaiannya kemas & tidak nampak canggung.

lelaki cerdik
- cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. (bahaya nie)

lelaki cekap
- segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

lelaki bijak
- tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

lelaki tabah
- tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah & tidak binggung atau kalut bila menghadapi suasana tertekan, kesuntukan, masa, atau cemas.

lelaki berwawasan
- tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. objektif & cekal dalam mengejar cita-citanya. masa digunakan untuk perkara yang produktif.

lelaki baik
- tidak suka hidup berfoya. taat  kepada suruhan agama. tidak berjudi, berzina atau minum arak.

lelaki sopan
- tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

lelaki mengasihi
- walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

lelaki ceria
- boleh berjenaka & berkongsi cerita. tidak selalu sugul & berkerut-kerut dahinya.

*opss xbole copy & paste tau ! kalau nak share ... klik share kt atas tu ye ..