Monday, 14 November 2011

Lelaki & kategorinya ..


lelaki tulen
- tahu hakikatnya yang dia dijadikan sebagai lelaki & dari itu bersifat sebagai lelaki & tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

lelaki berharga
- lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah & cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

lelaki jiwa kental
- tidak mudah mengalirkan air mata. bila lelaki menangis, bermakna harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan wanita.

lelaki sederhana
- tidak meninggi diri & tidak pula terlalu merendah diri.

lelaki cantik
- wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya & kebersihan hatinya.

lelaki punyai pendirian
- lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya & menunaikan janji bila berjanji.

lelaki kemas
- menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. pakaiannya kemas & tidak nampak canggung.

lelaki cerdik
- cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. (bahaya nie)

lelaki cekap
- segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

lelaki bijak
- tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

lelaki tabah
- tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah & tidak binggung atau kalut bila menghadapi suasana tertekan, kesuntukan, masa, atau cemas.

lelaki berwawasan
- tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. objektif & cekal dalam mengejar cita-citanya. masa digunakan untuk perkara yang produktif.

lelaki baik
- tidak suka hidup berfoya. taat  kepada suruhan agama. tidak berjudi, berzina atau minum arak.

lelaki sopan
- tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

lelaki mengasihi
- walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

lelaki ceria
- boleh berjenaka & berkongsi cerita. tidak selalu sugul & berkerut-kerut dahinya.

*opss xbole copy & paste tau ! kalau nak share ... klik share kt atas tu ye ..

Tuesday, 25 October 2011

JE ' TAIME : bila lelaki benar - benar jatuh cinta





  • dia bersungguh - sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela
  • dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya & sanggup berubah menjadi orang yang banyak bercakap asalkan kekasihnya tersenyum & ketawa
  • dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya dengan penuh ikhlas
  • dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap - luap
  • dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
  • dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia berasa curiga
  • dia tidak suka lelaki lain rapat debgan kekasihnya
  • dia mudah merasa cemburu & sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuhnya perhatian kepadanya
  • adakalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain
  • dia menjadi orang yang paling rajin& sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja
  • dia mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk
  • dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan dengan kekasihnya
  • dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya
  • dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri
  • dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya
  • dia tidak akan melayan gadis lain yang tidak ada urusan penting dengannya
  • dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar
  • dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain
  • kalau ditinggalkan kekasihnya, ia akan berasa serik & tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya
  • apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal & sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. malah sanggup membunuh jika diberi kebenaran
  • dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya & sanggup menyerahkan harta malah nyawanya sendiri
  • dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya
  • bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan !



*tidak semestinya tepat, namun banyak yang betul mengenainya .. cintailah lelaki kamu dengan ikhlas ! o.0
* j'taime - perkataan perancis bermaksud ' aku cinta padamu'

Wednesday, 19 October 2011

andai ... si dia teman lelaki sahabat kamu !

terlalu banyak masa dihabiskan bersama
  •  kamu,sahabat & dia sering menghabiskan masa bersama.pergi membeli belah bertiga, pergi makan bertiga & aktiviti beriadah pun pergi bertiga. keakraban ini tidak salah, namun kerana selalu bersama membuatkan kamu semakin hari semakin sayang pada si dia.

si dia terlalu baik
  • siapa pun akan tertawan bila melihat ada orang terlalu baik dengan kita. sikap si dia yang prihatin, romantis, & gentlemen sedikit sebanyak telah membuat jiwa & hati kamu goyah

sering menjadi orang tengah
  • setiap kali mereka bertengkar, kamulah tempat si dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada sahabat kamu itu. ini akan membuatkan hubungan bertambah rapat kerana kamu & dia saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa kehadiran sahabat kamu.

punya banyak persamaan
  • secara kebetulan, kamu dan si dia punya banyak persamaan sepeti hobi, minat, makanan kesukaan & macam2 lagi yang sama. persamaan ini membuatkan kamu rasa si dia lebih dekat dengan kamu berbanding sahabat kamu.

cemburu
  • sebagai manusia biasa, kita memang tidak boleh lari drpd perasaan cemburu, iri hati, & dengki walaupun dengan sahabat sendiri. persaan inilah yang akan kalanya meracuni kamu hingga sanggup menjadi perampas pada teman lelaki sahabat sendiri.

fizikalnya yang kacak
  • siapa yang tidak suka melihat sesuatu yang menarik & sempurna.  dalam buku social psychology in the 90's ada mengatakan, 1 drpd 6 faktor utama yang mampu membuat seseorang itu tertarik adalah kerana fizikalnya sebagai manusia biasa,sudah semestinya kamu tidak mampu menolak untuk jatuh cinta pada si kacak yang ada di hadapan biarpun kamu sedia maklum itu adalah teman lelaki sahabat mu sendiri.

responsnya seperti positif
  • lelaki apabila dngan perempuan sering memberikan respons yang positif tambahan lagi dia sepert dapat membaca yang kamu menyukainya. respons ini membuatkan kamu semakin hari semakin tertarik dengannya kerana kamu menyangka yang dia juga tertarik dengan kamu. padahal ada di antara lelaki ini sengaja melakukan sedemikian untuk mebuatkan orang perasan & menunjukkan kehebatannya digilai ramai.

termakan kata - kata orang
  • mungkin ada yang mengatakan kamu & si dia nampak seperti menyukai kamu lebih daripada sahabat kamu sendiri. malah dia melayan kamu baik & macam - macam lagi yang membuatkan kamu terfikir apa yang dikatakan itu adalah benar walaupun sebenarnya salah ..

wajarkah cinta ini diteruskan atau ditinggalkan ???

  1. jangan hubungi si dia & elak berbual panjang .. hanya cakap apa yang perlu sahaja
  2. cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak antara kamu berdua.
  3. berikanlah pelbagai alasan apabila mereka mengajak kamu keluar bersama.
  4. cari teman baru untuk mengalihkan segera pandangan & cinta kamu kepada si dia.
  5. sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kamu tidak ada masa untuk memikirkan si dia
  6. elakkan bersendirian kerana apabila rasa sunyi, pasti kamu akan mengingati si dia
  7. sekiranya mereka bertengkar, elakkan menjadi orang tengah & pendengar yang setia untuknya
  8. buka minda luas2 & katakan masih banyak lelaki di luar. kamu bukannya PERAMPAS !
  9. bersihkan hati & buang segala rasa dengki
  10. cuba tempatkan diri kamu seketika di tempat sahabat kamu itu. pasti kaum akan terluka apabila mendapat tahu sahabat sendiri & orang yang kamu sayangi mengkhianati kasih & sayang yang diberi






           p/s : ketika kamu menyintai seseorang janganlah berharapkan apapun sebagai balasan. jika   kamu memikirkan hal tersebut, maka kamu bukanlah mencintainya tetapi cuba untuk mengharapkan sesuatu  kepadanya.



*sumber : remaja oktober 2011

Friday, 26 August 2011

NEW FRIENDS NEW FAMILY ~

Dalam kelas 6BE1 kami 6 orang pelajar perempuan ...... this is my family at school !!!    

hahahah mcm kanak2 strawberry kn ??


masa dalam  dewan ... last day school ~ no peace ea ! :)


 my best friend in form 6 !!  sweet kn ? hahahah

 with nasa ... 'sedih sangat' ayat power dia hehehe



  tak lupa gk kt minah nie .... sayang kamo0 !

 Lastly .... for my beloved family,this is for u ...


                              Wajah Rahsia Hati 

                            Dalam kehidupan ini
                            Yang terindah
                            Melalui usia remaja
                            Senda gurau suka duka
                            Sering berganti
                            Meninggalkan kesan abadi


                            Oh berdebar-debar hati nya
                            Kali pertama bertentang mata
                            Inilah pengalaman
                            Harus ditempuhi tiap insan

                            Kenakalan atau kesungguhan
                            Sukar mencari perbezaan
                            Betapa kau cuba melindungi
                            Jelas di wajah rahsia hati

  
                     

Friday, 19 August 2011

Kalau LELAKI ...??

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: wow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap:eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata:nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambarPerempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

C.I.N.T.A ~

Stacy kata aku suda serik bcinta krn asik berakhir dgn kecewa
Fabulous Cats kata cinta gunakan akal,cinta perlukan pgorbanan
Liyana Jasmay kata aku xpercaya cinta
Amy Mastura kata klu cinta i2 cinta setia,nangis ketawa sama
Taylor Swift ada love story
Melly Goeslow kata ktika cinta btasbih nadiku bdenyut merdu
Aliff Aziz kata klu cinta jgn kacau
Dadali kata mgapa kau pergi d saatku mcintaimu
Yuna kata cinta i2 sempurna
Rahim maarof kata cinta i2 kristal
Justin bieber kata i just need somebody to love
Zhifilia kata kekuatan cinta kta nkn pnah rapuh
Black kata aku cinta kamu,syg kamu
Stings kata dlm diam ku mcintaimu
Duta kata cinta antara kta tiada phalangnya walau akhir usia
Iklim kata ku anggapkn smlm 1 knangan yg suram bla cinta putus d jln
Inteam kata xperlu ku ragui cinta yg kau beri krn kita sling kasih mgasih
Pulkadot Chiffon kata cinta i2 sgt luas,cinta sejati yg kekal akn dpt d kecapi jika cinta pada yg Maha Esa di dahulukan ... ~

SAYA SAYANGKAN IBU SAYA ~

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.........mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin.......Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.........mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila........ aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya........
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya........
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, 18 August 2011

SAYA BUDAK BARU ~

19 / 8 / 2011 : baru buat blog .. tu pn cikgu yg ajar .. hehehehe lpas nie gila blog plak la .. facebook kita biar sebelah !! ok