Monday, 25 February 2013

Masa Untuk Bermain Dengan Warna !

                      W  A  R  N  A

Warna blok secara asasnya bermaksud pemakaian sesuatu stail mahupun gaya dengan memadu padankan warna kontra dengan yang saling melengkapi, berani dan terang serta padanan bersama blok-blok warna. Dan gaya ini boleh terlihat di mana-mana sama ada pada pakaian, beg, aksesori, dan juga solekan.

Untuk mengelakkan kamu disamankan seperti seorang badut ataupun pokok krismas yang begitu berwarna warni dari atas hingga ke bawah, jom kenal pasti terlebih dahulu bagaimana cara-caranya agar tidak salah bermain dengan warna !

1. Jangan pakai lebih daripada tiga warna - terlalu banyak warna akan menampakkan kamu terlalu kacau bilau. Lebih daripada tiga ton warna adalah stail yg keterlaluan sebenarnya. Peranan warna adalah untuk membuatkan penampilan kamu nampak cantik dan menjadikan kulit kamu kelihatan lebih cerah.

2. Pilih satu warna dominan dan yang lainnya menghiasi - Warna yang dominan tersebut mestilah yang paling menangkap perhatian. kombinasinya pula pilihlah yang lebih asas dan neutral seperti kelabu, biege, hitam, putih, dan sebagainya.

3. Jangan memakai gaya monotonuous secara keseluruhan - Walaupun sesuatu warna itu adalah warna kegemaran kamu, ia tetap akan nampak membosankan dan keterlaluan. Contohnya, jangan memakai jaket warna kuning bersama kemeja-T  juga berwarna kuning.

4. Sesuaikan warna pada setiap bahagian badan - pakailah warna yang lebih gelap dan neutral pada bahagian badan yang kamu tidak mahu orang lihat dan kenakan warna-warna yang lebih terang pada bahagian yang kamu tonjolkan.


Bagaimana mahu mendapatkan gabungan blok warna yang betul ?


  • Warna yang saling melengkapi adalah warna-warna yang berada pada kedudukan saling bertentangan anatara satu sama lain. Warna-warna tersebut akan mencipta satu kesan kontra apabila digabungkan.
  • Pilih satu warna yang akan menjadi dominan dan yang lain dandanannya.
  • Untuk menggabungkan tiga warna bersama, lukiskan sebuah segi tiga dengan tiga sisi yang sama diatas bulatan warna. Tiga penjuru di mana segi tiga itu menyilang bulatan, umumnya akan menjadi gabungan warna yang baik dan harmoni.
  • Kamu juga boleh memilih dua atau tiga warna yang bersebelah antara satu sama lain pada roda. Sebagai contoh, hijau, kuning, dan oren akan menghasilkan kombinasi yang baik.

#selamatmencuba! 
*sumber : Remaja 15Feb2013

meh kita tengok fesyen-fesyen warna blok .. mana tau terbuka hati nak cuba ke ? =) why not kann ?










Camna ? cantik ? comel ? ntah muslimah mana la kann ? aku copy je picture muslimah2 tuu .. hehe Janji rock ! Assalamualaikum ^.^  *sampai berjumpa lagi ..